Tuesday, 2 December 2014

INFO : KEPERLUAN AIR MENGIKUT BERAT BADAN

image
Jumlah air mencukupi yang sepatutnya diminum oleh setiap manusia bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan badan..

Thursday, 27 November 2014

TIPS MINUM AIR WAKTU PAGI


Minum-air-putih
Air yang diminum ialah Air Masak Mati (air masak yang sejuk), diminum di kala pagi dalam kedudukan seperti orang mahu merangkak. Sebelum minum tarik nafas. Tahan nafas ketika meneguk (jangan dihembuskan ke dalam gelas). Tegakkan kepala ketika meneguknya, bukan menunggangkan gelas. Minum cara ini dikatakan dapat melegakan kerongkong serta berupaya membersihkan usus perut dari kekotoran dan dahak yang terkumpul semasa tidur. Ia dibersihkan sebagai penyediaan untuk hari yang baru.
Nota: Saidina ‘Ali mengajarkan bahawa sebaik-baiknya minum air hujan kerana ia mensucikan badan dan menyembuhkau segala penyakit. Pada waktu pagi minum air sambil berdiri dan waktu malam minum sambil duduk. Islam juga mengajarkan minum dengan meneguk dengan perlahan-lahan, paling sedikit 3 teguk. Mulai dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah. Rasulullah s.a.w. selalu meminum air bercampur madu di waktu awal pagi.
LIKE jika Suka, SHARE jika Bermanfaat.


Wednesday, 5 November 2014

RAHSIA AIS DAN AIR SEJUK





✎ Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.

✎ Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

✎ Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

✎ Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

✎ Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

✎ Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,

✎ Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

✎ Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
.
✎ Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

✎ Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

✎ Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.

✎ Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.

✎ Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

✎ Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.

✎ Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.

✎ Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.

✎ Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

✎ Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.

✎ Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.

✎ Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

✎ Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

✎ Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

✎ Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
✎ Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut. 

Tuesday, 4 November 2014

Perbezaan Antara Air RO dan Air Mineral Beralkali

Air RO

Di bawah ialah pandangan ahli kimia berkaitan air ini.
1. Reverse Osmosis (RO) secara generalnya adalah proses tapisan air untuk menapis molekul2 besar spt mineral dan ion.
2. Hasilnya, air RO tiada sebarang mineral atau ion, sama seperti air suling. Tidak bagus untuk kesihatan kerana badan manusia memerlukan mineral, zat dan ion utk pembentukan sel badan dsb.
3. Radikal bebas merupakan antara punca utama kepada banyak penyakit. Radikal bebas adalah keadaan dimana cas ion pada sel badan tidak stabil yang lama2 membentuk penyakit dan kanser. Bilamana air tiada elektrolit mineral dan ion, air tersebut mudah untuk menyerap radikal bebas, dan bila air minum air RO dan seluruh badan menyerap air tersebut, bayangkan bertapa banyak radikal bebas di badan yg boleh menyumbang kpd pelbagai penyakit

 Air alkali

Ia salah satu jenis air minuman yang mengandungi kandungan mineral beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk fungsi sistem badan kita. Berikut adalah beberapa khasiat air alkali yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan kesihatan badan: 

1. Air alkali meneutralkan kadar asid berlebihan di dalam badan
 2. Air alkali menyingkirkan sisa toksin dari dalam badan dengan berkesan
 3. Tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air
 4. Kanser tidak dapat hidup di dalam keadaan beralkali
 5. Penawar kepada masalah kesihatan
 6. Air alkali adalah ejen antioksidan yang unggul
 7. Air alkali membantu pengurangan berat badan

Monday, 3 November 2014

KESAN NEGATIF MINUMAN BERKARBONAT KEPADA KESIHATAN



Minuman Berkarbonat Jejaskan KesihatanMinuman berkarbonat memang popular dalam kalangan masyarakat. Tidak kira musim, minuman menjadi hidangan terutamanya apabila berkunjung ke premis makanan segera. Datang dengan pelbagai jenama minuman berkarbonat menjadi hidangan apatah lagi pada musim perayaan.

Biar apa jenamanya, secara umum, kandungan minuman berkarbonat adalah sama banyak gula.
Selalunya soal kesihatan dan aspek pemakanan sering dipinggirkan seketika pada musim perayaan. Walaupun tahu minuman berkarbonat tinggi kandungan gulanya, kebanyakan kita menghidangkannya kepada keluarga mahupun tetamu tanpa rasa bersalah.

Tarikan iklan yang menceritakan ‘keasyikan’ menikmati minuman ringan dan berkarbonat memang sukar dilawan.

Malah, lebih membimbangkan, minuman berkarbonat juga menjadi antara daya penarik utama di kantin sekolah, termasuk sekolah rendah.

Sedar atau tidak, kanak-kanak akan menjadi mangsa kerana kealpaan kita. Kanak-kanak antara golongan paling suka minum minuman berkarbonat hingga kadangkala ada yang langsung menolak apabila diberikan air kosong. Jika minum pun hanya seteguk dua, itupun selepas dipaksa.

Kajian mendapati, pengambilan minuman ringan dan berkarbonat yang berlebihan akan menyumbang kepada masalah kesihatan, terutama berlebihan berat badan dan obesiti.
Minuman berkarbonat sebenarnya tidak mengandungi zat, tetapi banyak kalori yang datang daripada gula. Banyak bukti saintifik menunjukkan ia ada kaitan langsung dengan pertambahan berat badan.

Masalah pertambahan berat badan ini menjadi satu faktor risiko kepada penyakit kencing manis di kalangan orang dewasa muda. Pertambahan berat badan ini adalah proses yang sentiasa berlaku sebagaimana peningkatan usia. Gabungan dua faktor ini juga mendedahkan seseorang kepada risiko serangan jantung dan strok.
Obesiti membimbangkan
Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak kini mencecah tahap membimbangkan. Kanak-kanak yang minum satu tin minuman berkarbonat (325 mililiter) setiap hari mempunyai lebih kurang 10 peratus tenaga berbanding kanak-kanak lain. Tenaga ini (yang datang daripada gula), jika tidak digunakan, akan disimpan dalam badan sebagai lemak.

Kajian yang disiarkan dalam jurnal General Dentistry mendapati, tabiat minum minuman berkarbonat boleh meningkatkan masalah kerosakan dan pereputan gigi.

Pakar Pemakanan Institut Jantung Negara (IJN), Ho Shiau Fen, mengakui hakikat ini.
Bukan gula saja yang menjadi faktor menyebabkan kerosakan gigi, tetapi kandungan asid dalam minuman berkarbonat boleh melemah serta mengikis lapisan enamel (lapisan luar) pada gigi. Ini mempercepatkan proses pereputan gigi.

“Mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan gula tidak boleh melebihi 10 peratus daripada keperluan kalori seseorang. Sebagai contohnya, jika keperluan kalori seseorang itu adalah 2000 kalori, jumlah gula yang boleh diambil adalah kurang daripada 200 kalori, iaitu kira-kira 10 sudu teh gula.

Jumlah ini termasuk gula tersembunyi. Ini adalah jumlah yang diperoleh daripada setiap makanan kita, sama ada dalam teh, kopi atau makanan yang bergula ketika bersarapan, makanan sarapan, makanan tengah hari, sajian minum petang dan makan malam.
“Satu tin minuman berkarbonat mengandungi antara enam hingga 10 sudu teh gula. Ini bermakna, jika kita minum satu tin minuman berkarbonat, kita sudah mencapai sukatan gula daripada yang disarankan.

“Masalah pengambilan gula yang terlalu banyak biasa berlaku pada musim perayaan. Boleh dikatakan setiap rumah menghidangkan minuman berkarbonat. Itu belum mengambil kira kandungan gula dalam kek, biskut atau hidangan lain,” katanya.

Ramai orang menganggap tidak mengapa untuk minum satu tin minuman berkarbonat, asalkan ia diiringi beberapa gelas air kosong. Mereka percaya air kosong akan ‘mencairkan’ kepekatan minuman berkarbonat.

Hakikatnya, anggapan ini salah dan perlu diperbetulkan segera. Tidak kira berapa banyak air kosong diminum, kandungan gula daripada minuman berkarbonat yang masuk ke dalam badan tetap sama. Tetap melebihi tahap keperluan harian kita. Masalah ini bertambah buruk dengan pengambilan makanan manis seperti kek dan biskut hari raya.
Untuk mengurangkan kuantiti gula diambil, kurangkan pengambilan minuman berkarbonat adalah cara paling praktikal.

Ini boleh dibancuh atau dicampur dengan air kosong dan dikongsi minum beramai-ramai. Bagaimanapun, jika air dibancuh dihabiskan sendirian, kandungan gula yang masuk ke badan tetap sama, iaitu antara enam hingga 10 sudu teh.

Di kalangan kanak-kanak pula, terlalu banyak minum minuman berkarbonat menyebabkan mereka kurang minum air kosong atau minuman berkhasiat seperti susu. Selain gula, kebanyakan minuman kola memasukkan kafein sebagai penambah rasa. Kafein adalah ‘bahan perangsang’ yang membuatkan kita ketagih untuk minum lebih banyak dan kerap.
Banyak kajian mendapati, kafein meningkatkan pengeluaran kalsium daripada tulang, menyebabkan kita terdedah kepada masalah reput tulang atau osteoporosis jika diambil dalam jangka masa panjang.

Justeru, jika dapat, pada musim perayaan ini elak mengambil terlalu banyak minuman berkarbonat, sebaliknya gantikan dengan pilihan lain seperti teh atau jus buah-buahan.
Malangnya, budaya orang kita yang menerima saja minuman dihidang tuan rumah boleh memburukkan keadaan, terutama di kalangan pesakit kencing manis.
Dalam hal ini, Ho menyarankan pesakit berterus terang dengan tuan rumah atau meminta minuman lain (pilihan terbaik adalah air kosong) sebagai pengganti. Malah, sebagai tuan rumah juga, kita mesti prihatin keadaan kesihatan tetamu.

Ibu bapa juga perlu mendidik anak mengenai keburukan meminum terlalu banyak minuman berkarbonat.
Pada masa sama, mereka juga mesti menjadi teladan kepada anak dengan mengamalkan minum banyak air kosong.
#Share Jika Bermanfaat

Thursday, 16 October 2014

DELUXE

Cuckoo-Deluxe-Model

DELUXE
PERFECT FOR PROFESSIONALS

1. Designed for Workplace4. Child Lock Safety Feature
2. 6-Stage Filtration with 4 Filters5. Detachable Water Tray for Easy Cleaning
3. Stainless Steel Water Tank6. Hot and Cold Water Indicator
MODELCUCKOO DELUXE
Filter Steps6-Stage Filtration with 4 Filters
Filter & Replacement PeriodSediment FilterEvery 4 Months
Pre-Carbon FilterEvery 8 Months
Natural FilterEvery 12 Months
Nano Positive FilterEvery 12 Months
Tank CapacityCold ●2.8L
Hot ●4.0L
Purified (Standby Tank)5.3L
Power ConsumptionCold ●120W
Hot ●500W
CUCKOO WATER PURIFIER FUSION DELUXE
Ada Air Panas Dan Sejuk
Air Suhu Room (Boleh Tutup Suis Air Sejuk)
Tangki Simpanan Air Yang Lebih Besar
Masih Boleh Digunakan Walaupun Tiada Letrik
Jimat Eletrik
HARGA / PRICE :
Harga CASH /EPP : RM4,500.00
Harga Sewa : RM130.00 Sebulan. (Untuk 1 – 3 tahun pertama)
Harga Sewa Beli : RM110.00 Sebulan. (Untuk tahun ke-4 & Ke-5)

Sunday, 20 April 2014

Berkenalan dengan CUCKOO!




Setiap orang di dunia ini sentiasa mencari cara untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Berusaha tanpa jemu untuk meningkatkan kualiti hidup dan menjadikannya bertambah baik dari sebelumnya.
Dengan CUCKOO, kami telah menjadikan ia misi kami untuk berusaha keras sedaya upaya kami, supaya kami dapat memenuhi standard berjuta-juta keluarga di seluruh dunia yang inginkan jenama perkakas rumah global yang terbaik, malah untuk juga menjangkau lebih jauh daripada standard ini dalam semua yang kita lakukan, setiap hari.

Itulah Janji CUCKOO .

Monday, 24 March 2014

Kebaikan minum air beralkali

❶ Nyah-Toksik
Menyah-toksik tubuh anda dari bahan asidik yang terkumpul setiap hari. Ia juga membuang toksin dalam badan yang diserap dari persekitaran, ubatan/dadah, makanan tidak semulajadi dan proses penuaan yang ‘biasa’. Buang asid terkumpul dalam tubuh boleh menyebabkan kondisi kesihatan yang serius. Minum air Alkali setiap hari meneutralkan keasidan dan membasuh bahan asidik pada sel dan tisu.

❷ Hidrat
Hidrat semula tubuh anda. Ini adalah asas kepada kesihatan optimum. Ketika ionisasi, penapis air alkali anda menjadikan air lebih halus (micro clusters) yang membuat ia lebih mudah diserap ke dalam sel. Ini menghasilkan ‘super-hidrat’ kepada badan anda.

❸ Mengoksigen / Antioxidants
Air Alkali berfungsi sebagai antioksidan, meneutralkan radikal bebas yang merbahaya. Ini kerana, air alkali berupaya untuk mencas elektron, ia boleh meneutralkan dengan berkesan dan memblok kerosakan radikal-bebas terhadap tubuh anda. Air alkali yang diionkan mencari radikal bebas dan menukarkannya kepaa oksigen yang boleh digunakan oleh tubuh badan untuk tenaga dan oksigenkan tisu. Kanser dan sakit lain tidak dapat hidup dalam suasana alkali dan oksigenisasi.

❹ Alkalize Your Body’s pH

❺ Enhance Your Immune System

Source: Body Cleanz

Tuesday, 14 January 2014

Kenapa kena minum air putih selepas bangun tidur?? Patutlaaaa



Inilah 5 Kesan Air putih Selepas Bangun Tidur!
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh, malahan juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. 
Salah satu waktu yang paling baik untuk minum air putih adalah pada waktu pagi setelah bangun dari tidur. Jangan bagi alasan, anda perlu ‘paksa diri’ untuk minum air putih. Ini adalah sebab-sebabnya:
1. Seimbangkan sistem buah pinggang 
Tubuh memiliki air yang cukup dan terhidrasi akan memaksimumkan fungsi tubuh, seimbangkan cairan dan mencegah jangkitan. 
2. Kulit lebih berseri 
Minum air putih boleh membantu kita menyingkirkan racun di dalam tubuh seterusnya menjadikan kulit lebih berseri. Bahkan, ia dapat membantu membersihkan racun dalam darah. 
3. Langsingkan tubuh
Cuba minum dua gelas air setiap bangun tidur. Rajin-rajinlah minum air pada pagi hari dan boleh meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 24 peratus. 
4. Tambah darah
Ketika anda berasa lesu, pening dan anemia, minumlah air dengan jumlah yang mencukupi. Ia membantu tubuh membentuk sel darah yang baru dan membantu pembentukan sel otot. 
5. Membersihkan usus
Minum air ketika perut kosong membantu membersihkan usus dan membuatnya lebih mudah menyerap nutrisi makanan yang masuk kemudiannya.
Dapatkan pelbagai info sihat dan cantik yang lebih menarik menerusi majalah Mingguan Wanita yang terbaru di pasaran!